Your Ad Here

Nov 15, 2010

Tak pernah jumpa pengadil seperti ini - Rajagobal

GUANGZHOU, CHINA - Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal meminta pengadil dari Australia, Ben Williams mendapat rawatan perubatan, selepas pengadil itu melayangkan tiga kad merah kepada pemain Malaysia pada perlawanan bola sepak menentang China, kelmarin.

Malaysia kalah 0-3 kepada China dan beraksi dengan lapan pemain apabila Mahalli Jasuli dan ketua pasukan, Safiq Rahim dibuang pada minit ke-25, diikuti S. Kunanlan.


"Saya tidak pernah lihat pengadil seperti ini di dunia. Saya rasa sesuatu tidak kena padanya, dia perlu melakukan pemeriksaan kesihatan," ujar Rajagobal.


Safiq terkejut dengan kad merah yang dilayangkan oleh Williams itu, selepas ketua pasukan itu cuba membantah layangan kad merah yang dikenakan terhadap Mahalli.


"Sebagai ketua pasukan, saya perlu tahu mengapa rakan pasukan saya dibuang padang, namun dia melayangkan kad merah pada saya.


''Kemudian saya berlalu pergi dan dia sekali lagi melayangkan kad merah. Itu amat tidak wajar sekali," katanya.


Meskipun tewas, Malaysia tetap layak ke pusingan kedua sebagai pasukan ketiga terbaik kumpulan dan akan berdepan Iran pada pusingan kedua, hari ini.


Ia merupakan kali pertama Malaysia layak ke pusingan kedua sejak 1978, namun skuad Rajagobal dihantui masalah kecederaan apabila hanya 13 pemain yang benar-benar cergas. - AFP

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP