Your Ad Here

Aug 7, 2009

Skuad bola sepak Malaysia perbaiki ranking dunia

Tidak sampai empat bulan selepas diamanah mengendalikan skuad kebangsaan, K. Rajagobal membuktikan sentuhannya memiliki bisa tersendiri apabila berjaya menaikkan ranking dunia skuad kebangsaan sebanyak lima anak tangga kepada kedudukan ke-152 untuk bulan ini.

Ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dikeluarkan, semalam menyaksikan kedudukan terbaru itu menyamai kedudukan pada 2006.


Peningkatan lima anak tangga itu melonjakkan kedudukan kita berbanding tempat ke-157 bulan lalu, ke-159 pada Jun.


Ranking paling rendah
Malaysia tahun ini ialah di tempat ke-163 pada Mei. Kedudukan terendah dalam sejarah bola sepak tanah air ialah ke-170 pada April 2008. Naik lima anak tangga merupakan peningkatan ranking paling tinggi setakat ini bagi pasukan yang pernah menduduki ke-75 FIFA pada Ogos 1993.


Berita penuh.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP