Your Ad Here

May 20, 2009

Barcelona sasar cipta sejarah

MADRID: Ketika kejuaraan berganda domestik pertama sejak 1998 sudah pun berada dalam genggaman, Barcelona boleh melengkapkan musim paling berjaya dalam sejarah 110 tahun kelab ini dengan kemenangan ke atas Manchester United dalam final Liga Juara-juara Eropah pada 27 Mei ini.

Tiada kelab Sepanyol yang pernah mencapai tiga kejuaraan sekali gus, tetapi jurulatih, Pep Guardiola berpeluang melakukannya dalam musim pertamanya, sekalipun usaha untuk menumbangkan United - juara bertahan dan juara Inggeris itu pasti satu misi yang sukar.

“Liga adalah kejuaraan paling penting,” kata Guardiola. “Ia lebih penting daripada menjadi juara Eropah kerana ia adalah hadiah untuk pasukan paling konsisten.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP